BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 24 June 2014

Kisah Cinta Saidina Ali Dan Saidatina Fatimah Al-Zahrah


Assalamualaikum :)Saya tertarik dengan kisah cinta Saidina Ali dan Saidatina Fatimah .Seperti yang kita tahu Saidina Ali telah memeluk islam pada usia 8 tahun . Beliau adalah seorang kanak2 yang terawal memeluk islam dan Siti fatimah adalah seorang yang mempunyai peribadi yang tinggi .




Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya terhadap seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah

.Ali a merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali . Lihatlah berapa banyak kanak2 muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar. Bilal Khabbab, keluarga Yassir, Abdullah ibn Mas’ud. Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin. Selain itu , Al Faruq seorang sang pemisah itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar yang kali ke tiga juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?Mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. ,Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Akhirnyaa .

Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan sahabat-sahabatnya tapi Nabi berkeras agar ia membayar bakinya, Itu hutang. Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakar, Umar dan Fathimah dengan keberanian untuk menikah .






Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:

“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”
Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
 


Kemudian Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memerintahkan aku untuk menikahkan Fatimah puteri Khadijah dengan Ali bin Abi Thalib, maka saksikanlah sesungguhnya aku telah menikahkannya dengan maskawin empat ratus Fidhdhah (dalam nilai perak), dan Ali ridha (menerima) mahar tersebut.”Kemudian Rasulullah saw. mendoakan keduanya:“Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian berdua, membahagiakan kesungguhan kalian berdua, memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari kalian berdua kebajikan yang banyak.” (kitab Ar-Riyadh An-Nadhrah 2:183, bab 4).



BIODATA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB
NAMA                 :  Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib
KETURUNAN      :  Bani Hasyim
TARIKH LAHIR   :  10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul pada 601 masihi
TEMPAT LAHIR  :  Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah
JAWATAN           :   Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin   
HUBUNGAN        :  Sepupu Nabi sebelah bapa       
TARIKH MENJADI KHALIFAH  :  Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi
TARIKH WAFAT : 17 Ramadhan ,1 Hijrah , bersamaan 661 Masihi .
MAKAM               :  Terletak diantara bilik Aisyah dan rumah baginda (Masjid Nabawi)

BIODATA SAIDATINA FATIMAH BINTI MUHAMMAD
NAMA                 :  Fatimah binti Muhammad
GELARAN           : AZ-Zahra’(putih berseri)
KETURUNAN      :  Quraisyh (Puteri bongsu Nabi Muhammad)
TARIKH LAHIR : 20 Jamadilakhir 605M (5 tahun sebelum Nabi Muhammad terima wahyu).
TEMPAT LAHIR  :  Mekah Al-Mukarramah
TARIKH WAFAT  :  4 Jamadilawal 11H(28 tahun) (6 bulan selepas Nabi wafat).        
MAKAM               : AL-Baqi' , Madinah